TRAVEL TO SABAH 4D 3N



Day 1      
               
                     Harini aku akan kongsikan pengalaman pertama aku bercuti di sabah selama 4 hari 3 malam bersama housemate (4 orang) dengan bajet hanya bawah RM 600. 
Jadi kami gerak ke KLIA dalam jam 7.30 pg dri rumah sewa disebbakan flight kami pada pukul 9.30pg, so dah check smua perjalanan ke sabah mengambil masa lebih kurang 2 jam, memang aku tidur je dlm flight  tu smbil menikmati keindahan awan. Opss lupa nak mention sbrnya klau nak bwk luggage dlm flight mesti bawah 7 kg, but malangnya beg aku sorg 10 kg, entah apa aku bawah pergi sabah. Huhuhuhuhuh, nasib baik abg yang jaga dkt airport tu baik hati lepaskan.

                   Sampai je airport KK ktrog call dayang (one of our friend yang tinggal dkt sabah), solat smua dkt situ and sekali ambil kereta sewa. Kitaorg guna kereta sewa daeng rental car. Actually aku sewa kereta saga auto but yg dpt adlah bezza auto. This is my first time driving auto sbb sblum ni mmg manual je. Nervous bakhang huhuu nasib baik smooth je hasil sokongan rakan tersayang.

                     Dapat je kereta trus cari tmpt lunch, ktorg lunch area tanjung aru park, makan apa ntah. Pastu terus grak ke kundasang dlm 2 jam prjalanan, target aku mmg nk smpai sblum magrib sblum hari gelap. Ini disebabkan tmpt penginapan kami dlm hutan, aku byk baca review kne smpi awal sbb tmpt dia gelap gila. Sepanjang perjalanan ke kundasang, fuh mmg mncabar lah sbb jalan dia brbukit yang banyak gila selekoh, tmbh lagi hujan lebat. Otw nak masuk kawasan lodge ktorg mmg kne masuk macm lorong, lorong dia sumpah curam gila, aku ni dhlah first time bawak auto mmg bwk d4 jelah. Tiba-tiba, nak naik bukit skit , kereta yang aku pandu mati enjin dan mengundur keblkang sdkit, aku trus naikkan handbrake, dan smua kawan aku keluar sbb masing-masing cuak. Aku lagi cuak, pastu aku suruh diorg call org lodge tu ambil ktrog kat bawah, so dri situ lah aku blja bawak auto kalau naik bukit kena tukar gear, slama ni mindset aku takpayah tukar gear langsung kalau bawak auto. Akhirnya smpai lah destinasi pertama ktorg iaitu kinabalu mountain lodge.
Dh smpai lodge mmg tk keluar lah ktorhg, dinner pun maggi cup ngn fries , smbil discuss untuk aktiviti esok.

Day 2

                       Keesokkan paginya jam 5 pagi kitaorg dah bangun siap untuk destinasi seterusnnya. Untuk pengetahuan, dekat sabah jam 6 pagi dah Nampak macam jam 7 pagi. Itu sebab kitorg siap awal dan terus ke pasar yang berdekatan untuk breakfast, ambil gambar berlatarbelakangkan gunung kinabalu.
Sesudah sarapan terus bergerak ke Desa Dairy Farm yang beroperasi jam 8 pagi dan dikenakan RM5.00 sekali masuk. Kitaorang tersampai awal dan ramai rupanya pelancong lain yang turut menunggu. Sementara menunggu pintu pagar buka semua memang tak lepaskan peluang untuk ambil gambar. Sumpah memang cantik gila pemandangan dekat sana dengan suhu sejuk dia. Masuk je kedalam terus beli aiskrim(rm20) dan susu coklat(rm7) dekat sana. Memang sedap dan berbaloi sebab berkongsi bersama. Malangnya kami tak berkesempatan untuk memerah susu lembu.

                       Destinasi seterusnya adalah Poring Hotspring (RM3.00). Dalam Poring Hotspring ada Canopy Walkway (RM4 + RM 5 untuk camera). Bayangkan kiotaorang dengan kasut sandal kena mendaki around 10 minit untuk menuju ke canopy walkway. Sepanjang perjalanan tu memang gayat lah, makin tinggi level dia. Tambahan pula, terdapatnya air terjun kipungit kalau aku tak silap nama dia, *lupa sudah. Dekat sini kitaorang Cuma rendam kaki je sbb banyak ikan dalam sungai.

                      Dah main sungai, main bukit kitaorang terus Arnab Village ( Rm15.00). Sebelum masuk diorang suruh like and follow page untuk dapatkan free gift. Bagus betul marketing diorang kan. Huhuhuhu…Dalam ni kitaorang amek untuk 4 benda  (arnab , kucing , hamster dan pokok bunga) hahahah sampai dekat pokok bunga tu hujan lebat turun, maka tersadailah kami semu dekat situ.

                       Dalam kul 3 ptg tu terus bergerak pulang ke Kota Kinabalu disebabkan nak sampai sebelum maghrib. Selepas 2 jam perjalanan menuju ke KK, terus check in hotel seterusnya. Malam tu kami dinner dekat Todak Waterfront untuk makan seafood. Ini adalah tujuan pertama aku datang ke sabah dan first time aku menikmati ketam masak salted egg. Sumpah sedap gila, sampai sekarang masih terbayang-bayang. Harga pun berbaloi aroung rm 28 untuk seorang. Dan paling penting mmg menjimatkan sebab kitaorang Cuma berjalan kaki je dari hotel ke Todak Waterfront.

Day 3

                         Seterusnya kami ke Jesselton Point, sesiapa yang berkeinginan untuk ‘island hoping’ boleh berkunjung ke sini. Sampai sahaja dekat sana, ada seorang abang approach kitaorang promote pakej yang ada. Jadi kami pilih untuk private kapal dan 3 pulau ( sapi, gaya dan manukan) total seorang RM110.00. Semua pulau aku snorkelling kecuali pulau sapi dan aku terlepas peluang sbb kawan aku cakap pula tu best dan cantik untuk snorkelling. Dalam 5 jam kami habiskan masa dekat sini.

                            Terus balik hotel dan kami lunch kfc je sebab tak tahu nak makan apa rehat semua untuk aktiviti malam ini iaitu ke Pasar Filipino untuk shopping barang or keropok untuk orang semenanjung.

Day 4 
                      Tibalah hari terakhir kami di sabah, terus ke Pasar Gaya. You know what pasar dekat sini lagi berbaloi dan murah untuk shopping untuk baju jelah , aku beli baju untuk muiz dekat dua-dua pasar. Hhahaha pantang Nampak murah terus grab. And dekat sini jangan lepaskan peluang untuk menikmati kopi tenom. Ya Allah sumpah tak tipu sedap gila kopi tu and disebabkan aku dah terlebih bajet dekat pasar Filipino terus lupa hasrat aku untuk bawak balik, hahahahahah semata eh.
                   
                       Habis shopping terus ke tanjung aru beach, destinasi terakhir dan kami menghabiskan masa ambil gambar video sebagai kenangan sementara menunggu flight balik.




Comments

Popular posts from this blog

CARA NAK KELUARKAN DUIT ASB

FIRST ATTEMPT SBR EXAM

ACCA buatkan aku nak giveup ?!